BAB 2

BAB 2

Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Singapura

Memupuk Keharmonian Kaum

Rusuhan kaum tercetus dan melanda Singapura pada 1964 di tengah-tengah ketegangan politik antara PAP dengan UMNO. Namun, ramai yang mengetepikan perbezaan antara mereka dan tampil untuk membantu serta melindungi satu sama lain.

Melalui Jawatankuasa Muhibah, yang juga dikenali sebagai "Pasukan Keamanan", ikatan antara kaum diperkukuhkan.

New Lky and Othman

Encik Lee Kuan Yew dan Encik Othman Wok (ketika itu Menteri Ehwal Masyarakat) bercakap kepada penduduk  di Geylang Serai selepas berlakunya Rusuhan Kaum, pada 24 Julai 1964.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura

Fosteringracialharmony Goodwillcommittee Articletitle 540x324 1x

Rencana berita yang melaporkan kejayaan Jawatankuasa Muhibah di Singapura pada 28 Julai 1964.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Fosteringracialharmony Mrcheng 540xx324 1x

 

Encik Cheng Choon Eng berjabat tangan dengan Encik Jek Yeun Thong sebagai mengiktiraf penglibatannya dalam Jawatankuasa Perundingan Rakyat Queensway

Encik Cheng, yang aktif di peringkat akar umbi sejak tahun 1960-an, telah bekerjasama dengan pemimpin pengasas seperti Encik Jek Yeun Thong dan Encik Othman Wok. Beliau juga merupakan sukarelawan aktif yang turut menganjurkan acara-acara seperti sambutan Hari Kebangsaan untuk menyatukan kawasan kejiranannya dan menjadi anggota unit sukarelawan Pertahanan Awam di kawasan undinya. Pada tahun 1986, beliau menerima sijil penghargaan yang mengiktiraf perkhidmatan sukarelanya yang berdedikasi kepada Jawatankuasa Penduduk.

Ihsan Encik Cheng Choon Eng.

 

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.