Banner Image

Kewarganegaraan dan Membina Identiti Bersama Singapura

Kita akan mempunyai sebuah negara berbilang kaum di Singapura. Kita akan menjadi teladan. Ini bukan negara Melayu; ini bukan negara Cina; ini bukan negara India. Setiap orang akan mempunyai tempatnya: sama rata; bahasa, budaya, agama.
Lee Kuan Yew, 9 Ogos 1965

Apa yang Kami Cari

Kami sedang mengumpul objek dan cerita-cerita tentang pengalaman yang memupuk semangat berbilang budaya, menyatukan warga Singapura daripada pelbagai kaum dan mengukuhkan identiti bersama kita.

Bulan sabit melambangkan sebuah negara yang sentiasa muda. Ini menggambarkan salah satu sifat penting warga negara kita… Singapura baru… mendapat inspirasi daripada apa yang ia harapkan untuk masa hadapan dan bukannya apa yang telah dilakukan pada masa lalu.
S Rajaratnam, 11 November 1959

Lambang-lambang Negara

Lebih Banyak Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan Contohnya:

  • Pengenalan Bendera Negara, Jata dan Lagu Kebangsaan semasa Minggu Kesetiaan Nasional pada Disember 1959
  • Pengenalan Ikrar Kebangsaan pada tahun 1966
  • Pengenalan Upacara Menaikkan Bendera di sekolah-sekolah pada tahun 1966

Adakah anda mempunyai sebarang gambar, objek dan cenderamata ingatan peribadi semasa bendera negara, lagu kebangsaan dan ikrar pertama kali diperkenalkan kepada anda? Mengapakah detik ini penting kepada anda? Bagaimanakah lambang negara kita penting kepada anda?

Card

Kad Minggu Kesetiaan Nasional Negara Singapura diedarkan kepada pelajar pada tahun 1959.

Pemberian daripada Cik Quek Yuen Yuan, Ana. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Sekeping rekod vinil tahun 1960-an yang mengandungi rakaman Lagu Kebangsaan kita.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Pernahkah anda menyertai acara sukan atau Perbarisan Hari Kebangsaan di Stadium Negara? Bagaimanakah suasananya ketika itu?
Kongsi gambar, objek atau lain-lain kenangan daripada pengalaman anda di sana, dan beritahu kami pengertian Stadium Negara kepada anda dalam membina semangat masyarakat.

Aneka Ragam Rakyat ialah siri konsert di ruang terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan ketika itu dari tahun 1959 hingga awal 1960-an dengan tema berbilang kaum. "Buat pertama kalinya dalam sejarah, orang Cina melihat tarian Melayu, orang Melayu melihat wayang dan nyanyian Cina serta tarian India.
Lee Khoon Choy, 1981

Ruang Masyarakat dan Acara

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Pembangunan ruang Masyarakat seperti Panggung Negara dan Stadium Negara
  • Acara-acara seperti siri konsert Aneka Ragam Rakyat, Pesta Kebudayaan Asia Tenggara untuk pembukaan Panggung Negara, dan Perbarisan Hari Kebangsaan di Stadium Negara

Anda mempunyai sebarang kenang-kenangan dari ruang dan acara-acara ini?

Card

Orang ramai menghadiri persembahan Aneka Ragam Rakyat (Konsert Kebudayaan Rakyat) pertama di Kebun Bunga pada 2 Ogos 1959.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Card

Persembahan silat semasa program empat jam lagu, tarian dan drama di tangga Dewan Bandaraya pada tahun 1960.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Kami yakin bahawa melalui sukan kita dapat melahirkan jenama warganegara yang boleh memberikan yang terbaik kepada sesama manusia dan masyarakat... Dari sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi akan lahir warga untuk hari esok, disemai bukan sahaja dengan pelajaran akademik dan profesional, malah juga dengan semangat satu pasukan dan nilai-nilai sosial yang hanya dapat dipupuk menerusi sukan.
Othman Wok, 7 Dis 1966

Anda mempunyai sebarang kenang-kenangan dari ruang dan acara-acara ini?

Card

Kupon Derma daripada kempen Satu Dolar, Satu Bata yang dilancarkan pada 1961 untuk mengumpul dana bagi Panggung Negara. Mercu tanda ini menandakan pencapaian taraf pemerintahan sendiri Singapura dan menjadi lambang kepercayaan rakyat terhadap perpaduan negara.

Ihsan Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Poster menghebahkan pembangunan Stadium Negara, yang menunjukkan penekanan pemimpin pengasas kita terhadap lokasinya, sekali gus membina semangat masyarakat Singapura.

Ihsan Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Adakah anda mempunyai apa-apa cenderamata kenangan daripada pembangunan Panggung Negara atau pernah menghadiri acara-acara di sana?

Usaha-usaha Menggalakkan Perpaduan Sosial

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Penubuhan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Muhibah ekoran rusuhan kaum tahun 1964
  • Organisasi lain-lain kumpulan masyarakat untuk menggalakkan perpaduan sosial

Adakah anda sebahagian daripada Jawatankuasa Muhibah atau Jawatankuasa Perundingan Rakyat, atau mendapat kesan daripada usaha mereka dalam bentuk apa sekali pun dari tahun-tahun 1950-an hingga 1970-an? Kongsi objek anda seperti gambar, risalah, Kulit Hari Pertama, dsb. serta cerita dengan kami.

Card

Encik Lee Kuan Yew dan Encik Othman Wok (ketika itu Menteri Ehwal Masyarakat) bercakap kepada penduduk  di Geylang Serai selepas berlakunya Rusuhan Kaum, pada 24 Julai 1964.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Card

Satu rencana berita yang melaporkan kejayaan Jawatankuasa Muhibah di sekitar Singapura pada 28 Julai 1964.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.

SUMBANG