Banner Image
Saya percaya bahawa kemampuan warga Singapura untuk mempelajari kemahiran baru dengan cepat dan kesediaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru bukan perkara kecil dalam membantu syarikat-syarikat perusahaan membuat keputusan untuk menggunakan Singapura sebagai pangkalan operasi mereka.
Dr Toh Chin Chye, 4 Dis 1969

Apa yang Kami Cari

Kami sedang mencari objek dan cerita-cerita dari tahun-tahun awal perindustrian Singapura yang menunjukkan keberanian dan semangat perintis kita, serta keupayaan membuat penyesuaian dalam mengejar peluang-peluang ekonomi baharu, dan semangat tabah dalam menghadapi cabaran.

 

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Syarikat-syarikat tempatan dan berbilang negara yang menubuhkan operasi di kawasan perusahaan di Jurong, Redhill, Tanglin Halt dan Jalan Ampat
  • Produk-produk buatan Singapura
Card

Seorang pekerja di Kilang Setron di Tanglin Halt pada tahun 1966.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Card

Pas Pekerjaan Limbungan Jurong

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Dengan usaha Singapura untuk meningkatkan perindustrian dan pertumbuhan ekonomi pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, banyak kilang telah dibuka berhampiran estet perumahan dan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk lelaki dan wanita.

Pernahkah anda bekerja di salah sebuah estet perusahaan awal di Singapura dan adakah anda mempunyai cenderamata kenangan semasa anda di sana? Kongsi perasaan anda menjadi sebahagian daripada transformasi ekonomi Singapura melalui objek dan cerita anda.

Card

Radio Setron buatan Singapura lewat tahun 1960-an hingga awal 1970-an.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Sebuah set televisyen hitam-putih yang dibuat oleh Setron (Singapore Electronics) Limited pada tahun 1964.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Kamera LED Rollei 35

Ihsan Encik Chong Nam Soy.

Mutu barangan buatan Singapura mula terkenal dan peluang pekerjaan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memiliki ‘barangan mewah’ seperti TV Setron seperti yang kita lihat di sini.

Adakah anda memiliki barangan buatan Singapura dari tahun-tahun 1960-an atau 1970-an?

Card

Buku Pulau Bukom yang diterbitkan oleh Shell, memaparkan Sijil Perintis pertama dan sebab mengapa mereka memilih untuk melabur di Singapura.

 

Kami sedang mencari penerbitan dan anekdot serupa yang mengisahkan secara terperinci mengapa syarikat berbilang negara memilih untuk melabur atau mengembangkan perniagaan di Singapura dari tahun 1960-an hingga 1970-an.

Pemberian daripada Encik Yeo Choon Ho.Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Lebih Banyak Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Syarikat-syarikat serta sekolah-sekolah kejuruan dan teknikal yang menyediakan program latihan untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran
  • Pelancaran kempen daya penghasilan negara untuk meningkatkan kecekapan
  • Kesan pengunduran tentera British dan penukaran Pangkalan Tentera Laut Sembawang daripada kegunaan tentera kepada komersial

Card
Card

Baju kot (Kiri): Ihsan Encik Chong Nam Soy
Gambar (Kanan): Pemberian daripada Encik Chong Nam Soy. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Kot yang dipakai oleh pekerja Rollei dalam tahun-tahun 1970-an. Encik Chong memakai kot yang sama di Kilang Rollei di mana beliau menjadi penyelia untuk kerja pengeluaran kamera. Selepas menamatkan pengajiannya dalam Kejuruteraan Pengeluaran di Politeknik Singapura, beliau telah dilatih sebagai tukang dalam pemasangan pengatup kamera untuk pelbagai kamera Rollei. Beliau telah dihantar ke Jerman selama tujuh bulan sebagai sebahagian daripada latihannya.

Card

Sampul Surat Hari Pertama daripada Pergerakan Daya Penghasilan yang dilancarkan pada tahun 1982. Sebelum ini, terdapat kempen lain yang serupa yang dijalankan oleh pemerintah di mana peningkatan kemahiran dan daya penghasilan ditekankan untuk menarik pelaburan asing, memenuhi permintaan buruh dan kekal berdaya saing.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Adakah anda mempunyai sebarang surat, dokumen dan objek daripada program latihan yang anda hadiri pada tahun 1960-an hingga 1970-an atau sebarang peralatan lain daripada usaha memacu daya penghasilan seperti kempen daya penghasilan nasional yang pertama pada tahun 1975? Bagaimanakah anda menjadi sebahagian daripada usaha ini?

Card

Sebuah plak memperingati pembukaan rasmi dermaga kering seberat 400,000 tan di Limbungan Sembawang, Singapura pada 25 Mei 1975.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Apabila pengunduran Tentera British diumumkan pada 1967, Singapura mempunyai sedikit masa sahaja untuk bertindak terhadap perubahan struktur kepada ekonominya dan potensi kehilangan 30,000 pekerjaan. Dalam ucapan oleh Encik Lee Kuan Yew di Parlimen pada 1967, beliau berkata bahawa orang ramai perlu menyesuaikan kaedah kerja mereka dan dalam beberapa keadaan "membuat perubahan yang sukar untuk mencari rezeki dengan cara yang berbeza".

Pernahkah anda terjejas oleh pengunduran tentera British? Kongsi cerita dan foto anda dengan kami.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.

SUMBANG