Banner Image

Interaksi dengan Pemimpin Pengasas Kita

Apa yang Kami Cari

Pernahkah anda berinteraksi secara langsung dengan pemimpin pengasas Singapura pada tahun 1950-an hingga 1970-an?

Kami mencari gambar-gambar dan cenderamata kenangan anda daripada interaksi ini. Ia boleh merupakan gambar-gambar yang anda ambil yang menunjukkan pemimpin pengasas kita di pelbagai acara seperti lawatan ke tempat kerja anda, lawatan ke kawasan undi dan acara-acara masyarakat. Ia juga boleh merupakan cenderamata seperti tandatangan, cenderahati dan objek yang mereka gunakan seperti kulir di upacara memasang batu bata dan cangkul dalam acara penanaman pokok.

Card

Dr Toh Chin Chye (ketika itu Menteri Sains dan Teknologi) di Hari Menanam Pokok pada tahun 1974.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Card

Encik E.W. Barker (ketika itu Menteri Undang-undang dan Pembangunan Negara) meneliti pelan lantai semasa lawatan ke tapak binaan di Park Road pada tahun 1968.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Card

Encik Chua Sian Chin (ketika itu Menteri Kesihatan), menyebarkan mesej antipencemaran di Kawasan Undi Macpherson pada tahun 1968 .

Sumber: The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula

Card

Encik Lee Kuan Yew dan Encik Othman Wok (ketika itu Menteri Ehwal Masyarakat) bercakap kepada penduduk  di Geylang Serai selepas berlakunya Rusuhan Kaum, pada 24 Julai 1964.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura

Card

Dr Goh Keng Swee meletakkan batu asas Jurong Shipyard Limited pada tahun 1964.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Card

Encik Timothy de Souza merupakan antara kumpulan pertama juruterbang RSAF. Beliau mengimbas kembali interaksinya dengan beberapa pemimpin pengasas kita dalam peringkat awal kerjaya ketenteraannya, termasuk Dr Goh Keng Swee.

Ihsan Encik Timothy de Souza.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.

SUMBANG