Banner Image
Ini adalah kempen berkembar yang kami anjurkan – satu ialah untuk membersihkan, menjaga kebersihan negara kita, menjadikannya lebih bersih; dua ialah menjadikan negara kita lebih indah dengan menanam pokok dan pokok renek bunga... Air pancuran, kehijauan, pokok di bulatan dan tempat-tempat lain, dan kita boleh menjadikan negara kita sebuah bandar raya taman dalam masa tiga tahun...
Lee Kuan Yew, 11 Mei 1967

Apa yang Kami Cari

Kami sedang mencari objek dan cerita-cerita mengenai transformasi Singapura menjadi sebuah Bandar Raya Taman. Usaha ini bukan setakat memperkenalkan bunga dan pokok-pokok di sepanjang tepian jalan kita. Malah, ia melibatkan kita semua dalam menjaga persekitaran tempat tinggal kita keseluruhannya.

Pembersihan dan Penghijauan

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyebarkan mesej antipencemaran dan wawasan Bandar Raya Taman, para pemimpin kita telah mengambil bahagian dalam pelbagai kempen menjaga kebersihan dan Hari Menanam Pokok. Adakah anda sebahagian daripada sebarang acara yang melibatkan pemimpin pengasas kita? Kami sedang mencari objek daripada acara ini yang digunakan oleh pemimpin pengasas kita seperti penyapu dan cangkul yang digambarkan di sini.

 

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Hari Menanam Pokok dan usaha-usaha penghijauan lain
  • Kempen untuk menjimatkan air
  • Kempen Menjaga Kebersihan Singapura dan lain-lain kempen antipencemaran

 

Card

Encik Chua Sian Chin (ketika itu Menteri Kesihatan) menyebarkan mesej antipencemaran di Kawasan Undi Macpherson pada 1968.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Card

Dr Toh Chin Chye (ketika itu Menteri Sains dan Teknologi) di Hari Menanam Pokok pada tahun 1974.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura

Card
Card

Card
Card

Panduan Penanaman Pokok, yang dikeluarkan oleh Kebun Bunga Singapura. Dilihat di sini dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. 'Panduan Menanam Pokok' telah dikeluarkan bagi menggalak sokongan dan penyertaan masyarakat pada tahun 1963 sebagai sebahagian daripada usaha awal untuk menggalak penghijauan Singapura.

Ihsan Kebun Bunga Singapura.

Card

Poster daripada kempen anti meludah pada tahun 1950-an.

Pemberian daripada Pusat Warisan Kementerian Pendidikan. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Orang ramai membersihkan longkang sebagai sebahagian daripada Projek Gotong Royong pada tahun 1971.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Sebagai sebahagian daripada kempen anti-pencemaran, poster-poster, risalah, barangan pos dan tiket pawagam telah dicetak dengan slogan "Keep Singapore Clean" atau “Jaga Kebersihan Singapura”. Bahan-bahan kempen seperti Panduan Menanam Pokok juga dikeluarkan untuk menggalakkan penghargaan dan penyertaan masyarakat dalam penghijauan Singapura. Orang ramai turut mengambil bahagian dalam usaha-usaha masyarakat seperti Projek Gotong Royong untuk menambah baik sekitaran hidup mereka.

Adakah terdapat sebarang objek di rumah anda yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada kempen ini atau semasa anda menyertai kempen sedemikian dari tahun 1950-an hingga 1970-an?

Air

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Latihan catuan air pada tahun 1961 dan 1963
  • Kempen pendidikan awam pertama Air itu Berharga pada tahun 1972

Adakah anda mempunyai sebarang poster, bil PUB atau kenang-kenangan daripada kempen ini dan/atau cerita daripada langkah catuan air Singapura dan kempen penjimatan air dari tahun 1950-an hingga 1970-an?

Card

Slogan kempen “Air Berharga. Jangan Membazirkannya” telah dicetak pada bil PUB sebagai sebahagian daripada kempen pendidikan awam yang pertama untuk menjimatkan air pada tahun 1972. Ia menggalakkan keluarga-keluarga supaya secara sukarela menjimatkan penggunaan air dan menyampaikan idea-idea penjimatan air.

Slaid kaca dengan slogan kempen "Jangan Membazir Air", digunakan semasa tayangan-tayangan wayang gambar.

Pemberian daripada Ms. Judy Wee. Ihsan Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Kemajuan di Singapura tidak boleh dicapai tanpa perubahan. Proses pembaharuan bandar memerlukan pemindahan penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Bagaimanapun, segala usaha telah dibuat bagi memastikan cara hidup penduduk yang terlibat tidak terjejas dari segi ekonomi dan rohani. Malah, matlamat pembangunan adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk secara keseluruhan.
Othman Wok, 17 Julai 1974

Pemilikan Rumah

Apa Yang Kami Cari

Kami sedang mencari objek dan cerita-cerita yang mengisahkan tentang perumahan dalam transformasi bandar Singapura pada tahun 1960-an dan 1970-an.

 

Peristiwa Penting dan Artifak Yang Berkaitan:

  • Pengenalan Skim Pemilikan Rumah pada 1964 dan perubahan kepada Akta Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk memudahkan pemilikan rumah dan berpindah ke flat HDB
  • Proses penempatan semula untuk memberi laluan kepada projek pembangunan perumahan dan perusahaan di kawasan seperti Jurong, Toa Payoh, Bedok dan Tanjong Rhu

 

Adakah anda mempunyai sebarang dokumen yang memberitahu bahawa anda dan keluarga anda perlu berpindah ke rumah baru? Atau objek seperti slip pembayaran dan kad undi daripada HDB, gambar atau set kunci pertama anda yang mengingatkan anda semasa anda berpindah ke flat HDB pertama anda dan bagaimana anda membiasakan diri dengan kehidupan di sana dan mengenali jiran anda?

Card

Kad undangan untuk undi pada tahun 1977 untuk flat-flat di Bandar Baru Bedok.

Pemberian daripada Mr Wiliam Oh. Ihsan Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Orang ramai berhimpun untuk mengundi flat di Estet Macpherson pada tahun 1965.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Pemilikan rumah dianggap sebagai asas kepada kestabilan dan membina kepelbagaian budaya di Singapura. Peralihan kepada kehidupan di flat-flat HDB juga menggambarkan keupayaan warga Singapura untuk menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini merupakan tempoh yang mencabar bagi sesetengah pihak, terutamanya mereka yang telah membesar di kampung dan terpaksa menjalani penempatan semula untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.

SUMBANG