Banner Image

Lawati Pameran Bergerak Kami

Peluang untuk anda mengalami sendiri semua yang dipamerkan

Akan Datang Ke Tempat Berdekatan Anda

Dari April 2022 hingga Februari 2023, pameran kami akan diadakan di merata Singapura. Mari sertai pameran ini untuk ketahui lebih mendalam tentang artifak-artifak dan cerita-cerita kami.

Visit Exhibition 1
Visit Exhibition 1
Visit Exhibition 1
Visit Exhibition 1
Visit Exhibition 1
Visit Exhibition 1

Jadual Pameran

Soalan Kerap Ditanya

S: Apakah pameran bergerak Kongsi Cerita Anda, Bentuk Taman Tugu Pengasas Kita ini ?

A: Pameran bergerak ini mempunyai dua bahagian. Yang pertama memperkenalkan pelawat ke Taman Tugu Pengasas dan berkongsi, buat kali pertama, reka bentuk serta pelan seni binanya dalam lingkungan Taman Bay East.

Bahagian kedua memperkenalkan seruan kami yang berterusan kepada orang ramai untuk objek dan cerita-cerita yang berkaitan dengan pemimpin pengasas kita, dan/atau peristiwa penting negara, atau dasar-dasar pemerintah yang berkaitan dengan Singapura yang merdeka. Di sini, anda akan dapat melihat beberapa contoh objek dan cerita sedemikian yang kami galakkan sumbangan daripada anda. Baca lebih lanjut tentang seruan awam kami.

S: Bila dan di mana pameran bergerak Kongsi Cerita Anda, Bentuk Taman Tugu Pengasas Kita akan diadakan?

J: Pameran pertama akan diadakan di Gardens by the Bay pada 28 April 2022. Ia kemudian akan bergerak ke tempat-tempat lain termasuk pusat beli-belah, perpustakaan awam dan kelab-kelab masyarakat di seluruh negara sehingga Februari 2023. Cari lokasi berhampiran anda melalui jadual pameran bergerak terkini!

S: Adakah saya perlu membayar untuk melihat pameran bergerak Kongsi Cerita Anda, Bentuk Taman Tugu Pengasas Kita ini?

J: Tidak, pameran ini adalah percuma untuk semua, jadi bawalah keluarga dan rakan anda bersama!

S: Adakah langkah-langkah jarak selamat akan dikenakan di sana?

J: Ya, ini akan dijalankan mengikut garis panduan jarak selamat Pemerintah, serta di tempat-tempat di mana pameran kami akan diadakan. Keselamatan pelawat kami adalah penting dan sukarelawan kami yang mesra akan membantu anda di tapak pameran dalam memastikan penjarakan selamat, di samping pembersihan secara tetap segala permukaan interaktif sentuhan.

Perhatian: Sesetengah tempat memerlukan pelawat diberi suntikan vaksin sepenuhnya.

S: Saya telah melihat pameran itu. Bagaimanakah saya boleh berkongsi objek/cerita saya?

A: Sudah tentu! Gunakan panduan langkah demi langkah kami untuk membantu anda menyumbangkan objek dan cerita anda.