Banner Image

BAB 3

Kita akan menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai oleh Singapura

”Kesilapan” Goh

Membangunkan sebuah estet perumahan daripada sebuah kawasan paya di Jurong Rancangan Dr Goh Keng Swee (ketika itu Menteri Kewangan) nampaknya sangat mustahil untuk dilakukan hingga ia digelar "Kesilapan Goh". Namun para pemimpin pengasas dan warga negara kita telah bekerjasama dengan gigih dan membuktikan ia boleh dilakukan.

Menjelang 1969, selepas berbulan-bulan upacara pembukaan kilang diadakan setiap hari, Estet Perindustrian Jurong menempatkan 181 kilang dengan lebih 20,000 pekerja.

Encik Yusof Ishak (ketika itu Yang di-Pertuan Negara), Encik Lee Kuan Yew, Encik Hon Sui Sen (ketika itu Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi) dan Encik Phay Seng Whatt (ketika itu Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) meninjau apa yang bakal menjadi Estet Perindustrian Jurong pada tahun 1964.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Card

Encik Tan Kim Soo dan Anugerah Bakti Setia yang diterimanya daripada syarikat National Iron and Steel Mills Pte Ltd.

Menjadi mekanik di syarikat National Iron and Steel Mills adalah satu pekerjaan yang berbahaya. Encik Tan telah menyaksikan banyak kemalangan di tempat kerja dan untuk melindungi paru-parunya, beliau menutup hidung dan mulutnya dengan tuala lembap untuk bernafas semasa bekerja. Beliau juga kerap berjalan kaki di Kolam Air Upper Pierce selepas bekerja. Sehingga hari ini, anak-anak perempuan Encik Tan menyanjung tinggi kecekalan dan sifat rendah hati beliau, serta kasih sayang dan sifat ambil berat yang beliau tunjukkan kepada keluarganya selama ini.

Ihsan Encik Tan Kim Soo.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.