Banner Image

BAB 3

Kita akan menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai oleh Singapura

Buatan Singapura yang Membanggakan

Estet-estet perusahaan telah dibangunkan di sekitar Singapura, yang menempatkan operasi pelbagai syarikat berbilang negara dan tempatan. Warga Singapura yang bekerja di estet-estet ini bertanggungjawab menghasilkan produk buatan Singapura seperti televisyen Setron dan kamera Rollei yang menjadi jenama popular yang diiktiraf di dalam dan luar negara kerana mutunya.

Radio Setron buatan Singapura lewat tahun 1960-an hingga awal 1970-an.

Ihsan Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Seorang pekerja di Kilang Setron di Tanglin Halt pada 1966.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Kami sedang mencari artifak seperti ini.Lihat Senarai Hajat Kami.

Sebuah set televisyen hitam-putih yang dibuat oleh Setron (Singapore Electronics) Limited pada tahun 1964.

Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Kot yang dipakai oleh pekerja Rollei pada tahun 1970-an.

Pemberian daripada Encik Chong Nam Soy. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Card

Encik Chong Nam Soy memakai kot yang sama di Kilang Rollei, tempat beliau menjadi penyelia untuk kerja pengeluaran kamera.

Ihsan Encik Chong Nam Soy.

Card

Kamera LED Rollei 35 buatan Singapura.

Ihsan Encik Chong Nam Soy.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada gelombang perindustrian ini pada tahun 1960-an?

Card

Puan Zainab dan alat pemateriannya

Puan Zainab menyertai Rollei ketika beliau baru berusia 16 tahun. Tugasnya ialah memastikan semua bahagian kamera mencapai mutu yang ditetapkan sebelum ia dipasang. Apabila ekonomi Singapura tumbuh dan berkembang, pengalaman di Rollei terbukti sangat berguna apabila Puan Zainab beralih ke syarikat-syarikat lain seperti Asahi, Team dan Connor Peripherals, di mana beliau belajar pematerian semasa bekerja.

Ihsan Puan Zainab.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.