Banner Image

BAB 3

Kita akan menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai oleh Singapura

Membuka Pintu Kita kepada Dunia

Walaupun banyak ekonomi yang sedang membangun menjauhi syarikat-syarikat berbilang negara, Singapura menyedari kepentingan untuk membuka pintu kepada dunia dan giat menarik pelaburan syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat ini telah menimbulkan lebih banyak pekerjaan dan memudahkan aliran pengetahuan serta idea ke Singapura. Pada masa yang sama, ia membantu Singapura meningkatkan daya saing di pentas dunia, di sebalik saiznya yang kecil.

Card

Buku kecil Pulau Bukom terbitan syarikat Shell ini memaparkan Sijil Perintis pertama dan sebab mengapa mereka memilih untuk melabur di Singapura.

Pemberian daripada Encik Yeo Choon Ho. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Card

Sijil Perintis pertama yang dikeluarkan kepada Shell pada tahun 1961.

Pemberian daripada Encik Yeo Choon Ho. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.


Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.