Banner Image

Menjadikan Singapura sebuah Bandar Raya dalam Taman

Kehijauan yang kita nikmati di Singapura hari ini bermula beberapa dekad yang lalu apabila para pemimpin pengasas kita meletakkannya dalam agenda nasional.

Encik Lee Kuan Yew memberi perhatian khusus kepada usaha untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah Bandar Raya Taman. Beliau telah menyatukan banyak agensi di bawah Jawatankuasa Bertindak Bandar Raya Taman. Jawatankuasa inilah yang telah memperkenalkan penanaman pokok di estet-estet HDB dan tepi jalan, serta memperkenalkan flora kepada landskap bandar kita – semuanya di tengah-tengah persaingan permintaan untuk tanah.


Card

Gunting dari majlis pembukaan Chinese Garden di Jurong pada 1975 yang telah disampaikan kepada Encik Hon Sui Sen (Menteri Kewangan ketika itu).

Pada majlis pembukaan taman itu, Encik Hon Sui Sen berkata bahawa "hari-hari awal pembangunan di Jurong merupakan tempoh yang sibuk dengan pelbagai kegiatan sehingga menghalang perhatian kepada keindahan semula jadi tempat itu... Lawatan ke Taman ini seharusnya memberikan kelegaan yang dialu-alukan daripada kesibukan hidup yang dilalui kebanyakan kita.”

Ihsan Perpustakaan Peringatan Hon Sui Sen. 

Card

Dr Toh Chin Chye (ketika itu Menteri Sains dan Teknologi) di Hari Menanam Pokok pada tahun 1974.

Hari Menanam Pokok bermula sebagai kempen untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang di Singapura. Hari Menanam Pokok yang rasmi julung-julung kalinya telah diadakan pada 7 November 1971 dan sejak itu ia menjadi satu acara tahunan.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Ini adalah kempen berkembar yang kami anjurkan – satu ialah untuk membersihkan, menjaga kebersihan negara kita, menjadikannya lebih bersih; dua ialah menjadikan negara kita lebih indah dengan menanam pokok dan pokok renek bunga... Air pancuran, kehijauan, pokok di bulatan dan tempat-tempat lain, dan kita boleh menjadikan negara kita sebuah bandar raya taman dalam masa tiga tahun...
Lee Kuan Yew, 11 Mei 1967
Card
Card
Card
Card

Panduan Penanaman Pokok, yang dikeluarkan oleh Kebun Bunga Singapura. Dilihat di sini dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. 'Panduan Menanam Pokok' telah dikeluarkan bagi menggalak sokongan dan penyertaan masyarakat pada tahun 1963 sebagai sebahagian daripada usaha awal untuk menggalak penghijauan Singapura.

Ihsan Kebun Bunga Singapura.

Adakah anda mempunyai salinan Panduan Menanam Pokok ini, lain-lain bahan kempen yang menggalakkan usaha penghijauan, atau objek daripada acara penanaman pokok? Lihat Senarai Hajat Kami.

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.