Banner Image

Tempat Tinggal Di Hati Rakyat

Membina rumah untuk rakyat bermula sebagai rancangan yang sangat bercita-cita tinggi.

Dikenali sebagai "Encik HDB", Encik Lim Kim San menerajui program perumahan awam Singapura. Beliau telah memimpin HDB untuk menyiapkan lebih daripada 30,000 flat dalam masa empat tahun pertamanya. Ini sering dibandingkan dengan kira-kira 23,000 flat yang dibina oleh pendahulu mereka, Singapore Improvement Trust (SIT), dalam tempoh lebih 32 tahun.

Apabila perumahan awam mula-mula dijanjikan pada skala ini, ia telah ditolak oleh mereka di SIT sebagai satu perkara mustahil. HDB telah mengatasi segala cabaran dan dugaan sehingga berjaya menunaikan janjinya dan memberikan warga Singapura dari semua lapisan masyarakat rumah yang mereka miliki sendiri.

Card

Kad undangan pada tahun 1977 untuk mengundi flat di Bandar Baru Bedok.

Pemberian daripada Encik William Oh. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Card

Orang ramai berkumpul untuk mengundi flat di Estet Perumahan Macpherson pada tahun 1965.

Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.

Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.

Card

Encik Au Seck Ngee dan dokumen HDB dari flat pertama keluarganya.

Encik Au dan keluarganya berpindah ke flat HDB pertama mereka sebelum beliau menyertai Perkhidmatan Negara. Sebagai anak sulung, beliau dan ibunya menandatangani pajakan bersama. Berpindah dari persekitaran kampung halaman mereka merupakan satu langkah besar untuk keluarga ini. Sebelum berpindah ke flat 4 bilik, mereka memohon flat 3 bilik kerana masalah kewangan. Memandangkan keluarga ini hanya mampu bertutur dalam dialek Cina, mereka bergantung pada wakil dari HDB untuk menerangkan klausa yang dicetak dalam bahasa Inggeris.

Ihsan Encik Au Seck Ngee.

Card

Encik E.W. Barker (ketika itu Menteri Undang-undang dan Pembangunan Negara) meneliti pelan lantai semasa lawatan ke tapak binaan di Park Road pada tahun 1968.

Para pemimpin pengasas kita bukan sahaja telah menyediakan rumah untuk warga Singapura, bahkan mewujudkan tempat tinggal bersama Kolong-kolong flat yang kita gunakan hari ini sebagai ruang sosial untuk pelbagai kegiatan masyarakat dan tempat perhimpunan bermula sebagai idea daripada Encik Barker. Beliau seorang penyokong kuat sukan dan telah mencetuskan idea untuk menjadikan kolong flat sebagai ruang bersama selepas beliau melihat kanak-kanak basah kuyup kerana bermain dalam hujan. Ini memperkukuh keperluan untuk menyediakan lebih daripada sekadar bumbung sebagai tempat menginap. Penduduk memerlukan kawasan kejiranan mereka untuk berasa selesa dan mesra bersama.

Ihsan The Straits Times © SPH Media Limited. Kebenaran diperlukan untuk pengeluaran semula.

Card

Pingat yang mengandungi slogan "Rumah untuk Warga Kita" yang disampaikan kepada Encik Lim Kim San sebagai menghargai sumbangan beliau selaku Pengerusi HDB pertama pada tahun 1983.

Pemberian daripada Encik Lim Kiat Seng. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.

Menyesuaikan diri dengan cara hidup baru

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?

Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.